mutiara kata ini dipetik dara majalah dara com edisi januari 2009
Rasulullah saw bersabda yg bermaksud : " Janganlah ada antara kamu yg bercita-cita untuk mati. Sekiranya ia seorang yang baik mudah mudahan ia dapat menambahkan lagi kebaikan, dan sekiranya ia seorang yang jahat mudah mudahan ia dapat bertaubat kepada Allah. "
Riwayat Hadith Al-Bukhari dan Muslim
Huraian :
Haram hukumya bagi seseorang muslim bercita-cita dan berdoa untuk mati apabila hidup didalam kesengsaraan dan menderita
Setiap muslim yang panjang umurnya mempunyai banyak peluang untuk ia beramal ibadat kepada Allah sebagai bekalan di akhirat nanti
Islam tidak membenarkan umatnya bercita-cita untuk mati, tetapi menggalakkan umatnya seupaya bercita-cita untuk menambahkan ilmu pengetahuan demi kemajuan ummah

2 comments:
good entri...(",)
peringatan bersama :)
Post a Comment