? ??????????????One Word Frees Us? ????? ?? ???Rating: 4.5 (8 Ratings)??20 Grabs Today. 5548 Total Grabs.
??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????She Devil? ????? ?? ???Rating: 4.4 (105 Ratings)??20 Grabs Today. 25180 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????The Flora BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Monday, November 9, 2009

PAKU YANG LEKAT DIHATI

ARTIKEL ASAL - MAJALAH SOLUSI EDISI 8

“Jangan suka menyakiti hati orang lain dengan kata-kata kita,” nasihat seorang ibu kepada anaknya.

“Saya tahu itu salah, ibu. Tapi, saya akan cepat minta maaf. Itu satu kelebihan juga, bu?” Kilas si anak.

“Tetapi perbuatan kamu itu menyakitkan hati orang, anakku,” kata ibu itu lagi.

“Saya rasa tidak, saya tidak kejam. Selepas minta maaf, segala-galanya langsai, bu.” Si ibu berfikir. Apakah cara untuk menyedarkan anaknya daripada sifat buruk ini?

“Kalau begitu, kamu ikut cadangan ibu ini. Moga kamu akan fahami maksud ibu nanti.” Tanpa membantah anak itu setuju.

“Begini, setiap kali kamu menyakiti hati seseorang, kamu ketuk sebilah paku ke dinding ini. Kemudian, setelah kamu meminta maaf, kamu cabut semula paku yang kamu ketuk itu!”

“Baik, ibu.” Beberapa bulan berlalu, mereka sama-sama menghadap dinding tersebut. “Lihat ibu, mana ada paku yang tinggal?” Ujar si anak dengan bangga.

“Semuanya telah dicabut. Memang ramai orang yang saya sakiti hati mereka, tetapi semuanya telah memaafkan saya setelah saya meminta maaf.”

“Betul kamu sudah minta maaf dan mereka telah memaafkan, tapi sedarkah kamu…?”

“Maksud ibu?”

“Cuba kamu tengok dinding ini. Semuanya sudah tebuk, calar dan ‘berkematu’. Itulah hati-hati yang telah kamu sakiti. Walaupun kamu sudah dimaafkan, tetapi kesan perbuatan buruk itu masih berbekas di hati mereka. Hati yang dilukai ada parutnya, anakku…”

Si anak merenung dinding yang tebuk-tebuk itu. Sudah tidak indah lagi seperti asalnya. Begitukah hati-hati orang yang telah aku sakiti?

Pengajaran buat aku : adakah hati disekeliling aku juga telah tercalar, disakiti, tercalit, terluka dan berparut hasil dari kata2 mahupon perbuatan aku..?? benar! hanya maaf je la yg dpt buat hati org yg disakiti sembuh tapi parut tetap masih ada.. muhasabah diri..

selitan hari nie - semalam aku dah menyakiti org yg aku sayang.. maafkan akk yer..

1 comments:

amal said...

org slalu cakap..

sorry no cure. forgiven but never forgotten....

hmmm...